Bermula hari ini, kita akan mempelajari lebih lanjut mengenai kulit. Tahukah anda? Sebenarnya kulit adalah organ terbesar pada badan manusia.

Ianya terdiri daripada lapisan epidermis , dermis dan lapisan tisu subcutaneous.Epidermis merupakan lapisan yang paling luar. Ianya juga dikenali sebagai kuticle atau skarp kulit. Di epidermis tidak mengandungi saluran darah tetapi mengandungi hujung saraf.

 

1.Stratum Corneum

Terdiri dari sel-sel mati yang keras dan sering terhakis. Warna kulit tidak sekata adalah disebabkan oleh sel sel mati tersebut, oleh itu scrub wajar dilakukan 2 kali seminggu.

2.Stratum Lucidum

Terdiri daripada lapisan sel-sel yang jernih dan lutsinar. Hanya terdapat ditapak tangan dan tapak kaki. Tidak terdapat pada kulit yang berambut(berfolikel)

3.Stratum Granulosum

Lapisan bergranul, pembentukan keratin berlaku di sini, kerana sel-sel hidup mula mati.

4.Stratum spinosum

Terdiri daripada 2-6 barisan sel yang bersambung oleh unjuran-unjuran kecil.

5.Stratum Germinativum

-sentiasa aktif menjalakan pembahagian sel lapisan yang paling bawah dan mengandungi sel melanosit, yang akan mengeluarkan melanin (pewarna kulit)

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: